Tuesday, November 24, 2009


jika kita fikir kita adalah yang paling menderita, sesungguhnya masih ada lagi yang lebih menderita; jika kita fikir kita yang paling hodoh, sesungguhnya ada lagi ynag lebih bodoh dari kita; jika kita fikir kita yang

Hari itu, saya menemani bapa ke komplex penyayang kerana ada urusan yang perlu diselesaikan. sebenaranya adik saya seorang OKU sejak kecil. Disana saya dapat melihat hampir lebih daripada seratus orang yang hadir pada majlis hari itu. Mereka semua terdiri aripada golongan-golongan yang susah, ibu tunggal dan oku. Saat itu saya dapat melihat pakcik-pakcik yang jalan bertongkat, terhinjut-hinjut, gadis berbual menggunakan bahasa isyarat, budak lelaki sindrom down, makcik yang berpakaian lusuh, dan banyak lagi. Di saat itu juga, saya sedar bahawa ramai lagi pihak-pihak yang bernasib malang dan susah daripada saya sekeluarga.saya kesana kerana adik saya

Bila difikirkan semula, saya berasa betapa saya perlu bersyukur dengan apa yang saya ada saat ini jika dibandingkan dengan mereka yang saya lihat saat itu. Mereka cuma memakai selipar jepun yang berharga kurang daripada rm10 sedangkan saya memakai sandel yang berjenama yang harganya mungkin 3 kali ganda daripada selipar jepun mereka. saya kesitu dengan menaiki kereta mpv sedangkan mereka perlu menunggu bas yang hanya tiba sejam seklai. namun saya bukanlah orang yang berada, saya mungkin diantara orang yang beruntung sedikit jika dibandingkan dengan mereka. adik saya oku, saya menemaninya untuk mendapatkan haknya sahaja. namun, saya bersyukur dan gembira kerana masih ada golonga yang membantu golonga ynag memerlukan seperti mereka.

Monday, November 16, 2009

Cuma Mencuba

salam...
Pertama kali mencuba untuk menulis disini. Tiada apa yang mengarah atau menghalang. mudah-mudahan tulisan saya disini dapat diterima.